Minggu 11: Pembiakan Tut

14 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Pada minggu ini, aktiviti kami adalah :


Pembiakan Tut atau juga lebih dikenali juga sebagai Pembiakan Marcot


Sebelum ini, kita telah mempelajari tentang pembiakan cantuman baji dan bebawang. Oleh itu, pada kali ini pula kita dapat mempelajari tentang Pembiakan Tut.


Pembiakan Tut ini merupakan kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan. Pembiakan tut ini biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok rambutan, pokok jambu air dan pokok ciku.


Antara kebaikan pembiakan tut ialah ciri pokok itu sama dengan yang asal dan juga tanaman baru akan lebih cepat matang.


Peralatan dan bahan yang diperlukan ialah pisau, penggalak akar, tali rafia, plastik lutsinar, Jiffy Peat Pellet, Peat Moss dan marker.


Kaedah Pembiakan Tut


a) Menggunakan Peat Moss

b) Menggunakan Jiffy Peat Pellet

Peat Moss


1) Lembabkan dengan sedikit air dan kepalkan sehingga mendapat bentuk bulat.

2) Dahan yang sihat dipilih dengan mencakar sedikit dahan tersebut dan ianya berwarna hijau.




3) Dua kelaran dilakukan diantara 2.5-5 cm dan kulit dahan tersebut dikupas dan dikikir bagi memastikan bahagian kambium benar-benar dibuang.
4) Kemudian, sedikit penggalak akar disapu pada bahagian atas kelaran.
5) Barulah peat moss yang berbentuk bulat dikepalkan pada sekeliling kelaran tersebut dan dibalut dengan plastik yang lutsina.
6) Plastik tersebut diikat dengan ketat dan rapat pada kedua-dua hujungnya.
7) Bungkusan tersebut dilabelkan menggunakan marker dan dibiarkan selama 2 minggu.

Jiffy Peat Pellet




1) Rendamkan Jiffy Peat Pellet selama satu jam.

2) Dahan yang sihat dipilih dengan mencakar sedikit dahan tersebut dan ianya berwarna hijau.
3) Dua kelaran dilakukan diantara 2.5-5 cm dan kulit dahan tersebut dikupas dan dikikir bagi memastikan bahagian kambium benar-benar dibuang.
4) Jiffy Peat Pallet dikepalkan pada sekeliling kelaran tersebut dan dibalut dengan plastik yang lutsina.
5) Plastik tersebut diikat dengan ketat dan rapat pada kedua-dua hujungnya.
6) Bungkusan tersebut dilabelkan menggunakan marker dan dibiarkan selama 2 minggu.

                                                                                                                                 Ditaip oleh,
                                                                                                  Aifa Syamila Binti Kamarudin














Comments

Popular posts from this blog

Minggu 3 : Ujian Tanah

Minggu 1 : Menggembur Batas

Minggu 12 : Fisiologi tumbuhan ( Eksperimen Fotosintesis )