Minggu 1 : Menggembur Batas

12 September 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat Pembaca Pembaca Blog ini.

Kami telah ditugaskan untuk membuat batas. Ada ke sesiapa yang tidak kenal batas ? Baik sebelum itu saya akan tunjukkan gambar batas sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut.


Ini contoh batas ia berbukit dan kita akan menanam pokok disitu. 

APAKAH TUJUAN BATAS ?
  • Pembuatan batas ini adalah proses awal penyediaan tanah sebelum aktiviti kerja menanam.
  • Ia dapat mengelakkan air daripada bertakung, membantu mengudaraan tanah , dan dapat mengawal pertumbuhan rumpai ataupun rumput.
Ini adalah keadaan tanah sebelum proses dilakukan membuat batas dilakukan. Keadaan tanah adalah rata dan masih berumput.


Disinilah kawasan tanah kami disediakan untuk membuat batas. Iaitu di Unit pertanian , Jabatan pendidikan teknikal dan vokasional , sekolah Pendidikan ( UTM ).


                   

Proses pengukuran  telah dijalankan iaitu 5m x 10m bagi sebuah batas dan jarak antara batas adalah berukuran 2 kaki .


Kemudian proses tersebut diteruskan lagi dengan proses membuang rumput dan batu batu dikawasan batas kami. Kami diingatkan agar membuang segala rumput dan akar akar agar tidak menganggu proses penanaman pokok dikemudian hari. Jika tidak pokok kami akan bersaing dgn rumput yang menumpang dikawasan batas kami. Ia akan menjejaskan pertumbuhan pokok. Kami telah mengunakan alatan seperti cangkul , pongkis , pengembur.

Fungsi alatan 

Cangkul
Digunakan untuk membuang rumput dan menggali tanah.

Pongkis
Setelah mencabut atau mencangkul rumput kumpulkan rumput didalam pongkis dan pongkis akan memudahkan kita untuk mengangkat rumput yang telah dikumpulkan. Setelah itu, kami perlu membuang rumput di lubang yang telah disediakan.

Penggembur
Memudahkan untuk proses pengemburan tanah.

Kami ditugaskan untuk membuat batas sehingga hari rabu 19 september 2018. Batas tersebut perlu diletakkan papan ditepinya mengikut ukuran yang telah diberikan. Untuk mnyiapkan batas kami telah mencari waktu lapang atau waktu tiada kelas untuk menyiapkan tugasan ini.

Ini adalah keadaan dan suasana kawasan unit pertanian di utm.

Adalah diharuskan agar  membawa air yang mecukupi kerana aktiviti ini sangat mengunakan tenaga dan cuaca yang agak panas. Semasa melakukan aktiviti kami juga digalakkan untuk memakai boot untuk dan topi untuk melindungi diri. Pemakaian sarung tangan juga perlu kerana jika tiada sarung tangan , tangan akan menjadi melecet dan pedih semasa mengunakan cangkul. Kerjasama antara kumpulan sangat diperlukan supaya proses dapat dijalankan dengan cepat dan baik.

Ditaip oleh ,
Fatimah Farzanah Bt Md Norazi


Comments

Popular posts from this blog

Minggu 3 : Ujian Tanah

Minggu 12 : Fisiologi tumbuhan ( Eksperimen Fotosintesis )