Minggu 3 : Ujian Tanah

26 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Pada minggu ini, kami telah melaksanakan tiga eksperimen bagi menentukan tekstur tanah yang terdapat di batas kami.

Eksperimen 1

Tujuan         : Menentukan tanah melalui cara mendapan     

Pemboleh Ubah
Manipulasi           : Pisahan tanah (Pasir, kelodak dan tanah liat)
Bergerak balas    : Peratusan pisahan
Dimalarkan         : Masa eksperimen

Bahan : Sampel tanah dan air.

Radas : Balang gas, pembaris, spatula dan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.

Procedur :

1)   40 hingga 50 g tanah dimasukkan ke dalam balang gas.
2)   Air diisi ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh.
3)   Mulut penutup gas ditutup dengan penutup dan campuran digoncang perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
4)   Balang gas diletakkan di atas meja selama dua jam tanpa gangguan.
5)   Ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap diukur. Jadual tersebut dicatat.
6)   Peratusan pisahan tanah dihitung.
7)   Kelas Tekstur Tanah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.



Pemerhatian :


Batas 9

Pisahan
Ketinggian (cm)
Peratus (%)
Pasir
2.1
75
Kelodak
0.4
14
Tanah liat
0.3
11

Batas 13

PISAHAN
KETINGGIAN (CM)
PERATUS
PASIR
2.6
74.29%
KELODAK
0.5
14.29%
TANAH LIAT
0.4
11.42%

Perbincangan :


                         Eksprimen ini dilaksanakan untuk menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan dan mengetahui peratus pisahan tanah. Ketinggian setiap pisahan tanah seperti pasir, lelodak dan tanah liat diambil dan dicatat. Daripada ketinggian tersebut, data tersebut dikira untuk mendapatkan peratus dengan menggunakan formula Peratus pisahan seperti berikut.

Batas 9
                          Daripada formula tersebut, peratus pasir ialah 75% , peratus kelodak ialah 14% dan peratus tanah liat ialah 11%. Peratus pasir lebih tinggi daripada kelodak dan diikuti oleh tanah liat. Kelas tekstur tanah ditentukan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg dan mendapati bahawa tanah tersebut ialah tanah jenis lempung berpasir.


Batas 13
                         Daripada formula tersebut, peratus pasir ialah 74.29% , peratus kelodak ialah 14.29% dan peratus tanah liat ialah 11.42%. Peratus pasir lebih tinggi daripada kelodak dan diikuti oleh tanah liat. Kelas tekstur tanah ditentukan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg dan mendapati bahawa tanah tersebut ialah tanah jenis lempung berpasir.

Langkah berjaga-jaga :

Kesalahan
Langkah berjaga-jaga
Goncang dengan lemah lembut sehingga tanah dan air belum sebati sepenuhnya
Goncang dengan kuat agar dapat keputusan yang tepat dan jitu.
Letak balang gas di tempat yang tidak rata membuatkan larutan tidak sekata dan sukar mengambil bacaan yang tepat
Letak balang gas di tempat yang rata supaya bacaan tersebut dapat diambil dengan tepat dan mudah.

Kesimpulan 9 : Tekstur tanah melalui cara mendapan ialah tanah jenis lempung berpasir.

Kesimpulan 13 : Tanah adalah jenis lempung berpasir.

Eksperimen 2

Tujuan : Menentukan tekstur tanah melalui cara medan   

Pemboleh ubah
        i.            Manipulasi       : Bentuk sampel tanah yang dibentuk
      ii.            Bergerak balas : Keretakan sampel tanah setelah dibentuk.
    iii.            Dimalarkan      : Jisim sampel tanah

Bahan : Sampel tanah dan air.

Radas : Alat penimbang dan bikar.

Procedur :

 1)  Lebih kurang 20 g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3 cm) diambil.
 2) Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
 3)  Tanah tersebut dibentuk menjadi bentuk bebola, rod, rod berbentuk u dan gelang.

Pemerhatian :

Batas 9


Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)

Rod dapat dibentuk (tanah loam)

Rod membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gelang (loam tanah liat)

Gelang retak-retak (tanah liat berpasir)

Batas 13


Rod tidak dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)

Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)     
ü   
Rod dapat dibentuk (tanah loam)
ü   
Rod membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gelang (loam tanah liat)

Gelang yang retak-retak (tanah liat berpasir)
ü   
Gelang dapat dibentuk (tanah liat )


Perbincangan :

Batas 9 & 13

                         Eksprimen ini dilaksanakan untuk menentukan tekstur tanah melalui cara medan dan mengetahui keretakan sampel tanah yang telah dibentuk. Bentuk sampel tanah yang dibentuk ialah bentuk bebola, bentuk rod, rod yang berbentuk u dan bentuk gelang. Setelah eksperimen dilakukan, semua bentuk tidak retak kecuali berbentuk gelang yang mempunyai keretakan. Oleh itu, tanah jenis tersebut ialah pasir berloam, tanah loam, loam tanah liat dan tanah liat berpasir.

Langkah berjaga-jaga :

Kesalahan
Langkah berjaga-jaga
Tanah tersebut terlebih air sehingga sukar untuk dibentuk
Buat semula dan lembapkan sedikit sehingga tanah boleh dibentuk
Tidak menggunakan alat penimbang semasa mengambil 20 g sampel tanah
Menggunakan alat penimbang semasa mengambil 20 g sampel tanah dan pastikan alat penimbang direset kepada kosong sebelum digunakan

Kesimpulan :

Batas 9 & 13

                      Tekstur tanah melalui cara medan ialah tanah jenis pasir berloam, tanah loam, loam tanah liat dan tanah liat berpasir.

Eksperimen 3

Tujuan : Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.

Pemboleh ubah

     i.            Manipulasi         : Sampel tanah
   ii.            Bergerak balas  : pH tanah
   iii.            Dimalarkan      : Isipadu air suling

Bahan : Lima belas sampel tanah dan air suling

Radas : Gentian kaca, bikar, alat pengukur pH tester air dan alat pengukur pH tanah.

Procedur :          

Rajah 
  1.  Sampel-sampel tanah dikeringkan selama 2 hingga 3 hari denagan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.
  2.  Radas dipasang seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.
  3. Langkah keselamatan : Awas, jangan ambil gentian kaca dengan jari !
  4.  Lima belas sampel 50 ml air suling disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100 ml.
  5. Dalam masa yang sama, 50 ml air suling dituangkan ke dalam setiap radas dan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml ditentukan dalam masa 5 minit.
  6.  Keputusan dicatat dan pemerhatian ditulis dalam jadual yang berikut.



Keputusan :


Pemerhatian (pH tanah)
Sampel tanah setiap batas
Isipadu air selepas 1 minit
Digital
Manual
Batas 1
42
6.94
6.15
Batas 2
41
6.69
6.20
Batas 3
41
6.41
6.41
Batas 4
44
6.49
6.64
Batas 5
28
6.26
6.21
Batas 6
42
6.02
6.11
Batas 7
43
6.42
5.40
Batas 8
44
7.04
6.20
Batas 9
39
5.65
6.00
Batas 10
42
5.95
5.90
Batas 11
50
6.14
6.60
Batas 12
48
6.75
6.60
Batas 13
39
6.49
6.30
Batas 14
41
8.51
5.94
Batas 15
38
6.16
6.23

Perbincangan :

                         Eksprimen ini dilaksanakan untuk membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah dan mengetahui pH tanah dalam setiap sampel tanah. Kadar pengaliran air menerusi tanah pada batas 11 adalah paling cepat dengan isipadu air selepas 1 minit ialah 50 ml .Manakala ,kadar pengaliran air menerusi tanah pada batas 5 adalah paling lambat dengan isipadu air selepas 1 minit ialah 28 ml. Kadar pengaliran air menerusi tanah yang mempunyai ciri antara pasir dan tanah liat ialah pada batas 9 dan batas 13. Setiap tanaman memerlukan pH tanah yang sesuai untuk membesar. Jadi pH tanah yang baik ialah pada pH 5.5 sehingga pH 7.0. Dalam eksperimen, kebanyakan pH tanah berada dalam pH tanah yang baik.

Langkah berjaga-jaga :

Kesalahan
Langkah berjaga-jaga
Tidak menggunakan silinder penyukat dan terus membuat anggaran 50 ml air suling ke dalam bikar.
Menyukat 50 ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100 ml.


Kesimpulan :

                      Kadar pengaliran air menerusi tanah pada batas 11 adalah paling cepat dengan isipadu air selepas 1 minit ialah 50 ml .Manakala ,kadar pengaliran air menerusi tanah pada batas 5 adalah paling lambat dengan isipadu air selepas 1 minit ialah 28 ml. Kadar pengaliran air menerusi tanah yang mempunyai ciri antara pasir dan tanah liat ialah pada batas 9 dan batas 13. pH tanah yang baik ialah pada pH 5.5 sehingga pH 7.0.

Ditaip oleh,
Aifa Syamila Binti Kamarudin

Comments

Popular posts from this blog

Minggu 1 : Menggembur Batas

Minggu 12 : Fisiologi tumbuhan ( Eksperimen Fotosintesis )