Minggu 12 : Fisiologi tumbuhan ( Eksperimen Fotosintesis )
29 DISEMBER 2018
Kanji hadir dalam daun yang telah didedahkan kepada cahaya. Manakala proses fotosintesis memerlukan air, cahaya matahari, karbon dioksida dan juga klorofil. Melalui proses fotosintesis ianya akan menghasilkan oksigen yang akan digunakan oleh manusia untuk bernafas.
FOTOSINTESIS
Fotosintesis adalah proses penghasilan tenaga yang diperlukan tumbuhan yang dibantu oleh cahaya matahari serta unsur-unsur lain seperti CO2, air dan unsur klorofil yang berguna untuk kelangsungan hidup suatu tumbuhan. Perlu diketahui bahawa proses fotosintesis ini hanya dapat dilakukan oleh tumbuhan yang memiliki klorofil, tanpa adanya klorofil suatu tumbuhan tidak akan dapat membuat makanannya sendiri.
Tujuan : Untuk menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan / dedaun hijau.
Radas dan bahan :
l Daun pokok hijau
l Alkohol
l Iodin
l Air mendidih
l Hot plate
l Piring petri
l Penitis
l Bikar 500ml
l Bekas air mendidih
Kaedah :
1. Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disenari cahaya matahari selama beberapa jam.
2. Daun diletakkan di dalam bikar yang dipenuhi dengan air mendidih selama 1 minit untuk membunuh dan melembutkan daun tersebut.
3. Sedikit alkohol dituangkan ke dalam bikar 500ml.
4. Bekas bikar alkohol dibiarkan terendam dalam air panas.
5. Kemudian rendamkan daun tersebut selama 5 minit dalam larutan alkohol.
6. Daun dialih keluar daripada alkohol selepas 5 minit dan diperiksa sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan. (alkohol melarutkan klorofil tetapi tidak melarutkan kanji).
7. Daun tersebut dicelup ke dalam air panas selama 1 minit untuk melembutkannya semula.
8. Daun tersebut diletakkan pada piring petri dan dititiskan beberapa titik larutan iodin.
Pemerhatian :
a) Warna asal iodin : Kuning pekat
b) Warna daun sebelum ujikaji : Hijau
c) Warna daun setelah diletakkan iodin : Biru gelap
Analisis :
1. Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api.
Larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api adalah bagi mengelakkan berlakunya kebakaran.
2. Apakah kepentingan proses fotosintesis.
Proses fotosintesis penting kerana ianya membekalkan makanan kepada semua organisma dan terlibat dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.
3. Apakah tujuan merebus daun dan mendidihkan daun dalam alkohol.
l Merebus daun : Untuk mematikan sel-sel daun.
l Mendidihkan daun dalam alkohol : Untuk melarutkan klorofil daun.
4. Nyatakan faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis.
Faktor-faktor yang diperlukan dalam fotosintesis adalah cahaya matahari, air, klorofil dan karbon dioksida.
5. Tuliskan persamaan fotosintesis.
6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O
6. Apakah klorofil dan fungsinya kepada tumbuhan.
Klorofil atau zat hijau merupakan pigmen fotosintesis yang boleh dijumpai dalam kebanyakan tumbuhan, alga dan sianobakteria. Fungsi klorofil kepada tumbuhan adalah menyerap cahaya yang paling baik pada spektrum elektromagnet bahagian biru, diikuti oleh bahagian merah. Sebaliknya, ia ialah penyerap yang lemah pada bahagian hijau dan hampir hijau spektrum, yang ia pantulkan, menghasilkan tisu mengandungi klorofil berwarna hijau. Molekul klorofil secara khusus teratur pada dan sekitar fotosistem yang terbenam dalam membran tilakoid pada kloroplas.
7. Terangkan nilai tumbuhan kepada manusia.
Tumbuh-tumbuhan menjalankan proses fotosintesis, daun dan ranting akan direput dan membentuk humus. Ekosistem membekalkan hasil hutan, meningkatkan kualiti udara dengan mengekalkan keseimbangan kitaran komponen-komponen udara, membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, tumbuhan juga dapat mencegah hakisan tanah . Daun-daun dan ranting-ranting mengurangkan halaju titisan air hujan dan memecahkan saiz titisan air hujan. Akar tumbuhan menyekat air larian permukaan, memerlahankan aliran dan berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah. Seterusnya, penghasilan ubat-ubatan. Batang, akar, pucuk, ubi, dan daun tumbuhan mempunyai nilai perubatan seperti petai, pokok periuk kera, bunga raya, dan pokok setawar.
Kesimpulan :
Kanji hadir dalam daun yang telah didedahkan kepada cahaya. Manakala proses fotosintesis memerlukan air, cahaya matahari, karbon dioksida dan juga klorofil. Melalui proses fotosintesis ianya akan menghasilkan oksigen yang akan digunakan oleh manusia untuk bernafas.
Ditaip oleh,
Siti Rohzila Binti Parmal
Comments
Post a Comment