Minggu 5 : Amali Biji Benih

18 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Pada minggu ini, kami telah melaksanakan tiga eksperimen bagi mengkaji percambahan biji benih.

Eksperimen 1

Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu kulit biji , embrio dan kotiledon. Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini , biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih , terdapat embrio yang berkembang. Selain itu , biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil testa (kulit biji benih). Makanan disimpan dalam kotiledon. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon , seperti jagung. Namun ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji kacang hijau.

Tajuk : Keperluan percambahan

Bahan dan alatan : Bekas plastik , kapas , biji benih , air didih yang dah disejukkan , kertas label dan peti sejuk



Rajah 1

Kaedah : 
1) Sediakan set radas seperti rajah diatas.
2) Masukkan 10 biji benih di dalam setiap radas.
3) Semua radas disiram dengan air kecuali B2.
4) Pastikan percambahan biji benih pada setiap hari.
5) Catatkan keputusan selepas 5 hari.

Set Pertama
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Diletakkan di atas meja dan dilembapkan
Air
B1
Dilembapkan dengan air seperti biasa
Oksigen
C1
Dilembapkan dengan air didih yang telah disejukkan dan diletakkan di atas meja
Suhu
D1
Diletakkan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan

Set Kedua
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A2
Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan
Air
B2
Dibiarkan kering selepas dilembapkan
Oksigen
C2
Dilembapkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja
Suhu
D2
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan

Keputusan :
Bilangan biji benih yang bercambah selepas 5 hari
Set 1
Set 2
A1
6
A2
8
B1
7
B2
0
C1
9
C2
5
D1
0
D2
6

Soalan :
1) Mengapakan air di dalam radas C1 dididihkan ?
ΓΌ Air di dalam radas C1 didihkan adalah bagi mengelakkan kehadiran udara.

2) Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah.
ΓΌ Faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah adalah suhu yang tidak sesuai dan tidak mendapat air yang mencukupi.

3) Apakah kesimpulan yang boleh anda buat melalui ujikaji ini.
ΓΌ Melalui ujikaji ini, kesimpulan yang boleh dibuat adalah biji benih memerlukan air , oksigen dan suhu yang sesuai untuk bercambah secara keseluruhannya.

4) Kirakan peratus percambahan biji benih dalam bekas C2.

l Biji benih yang bercambah x 100
Biji benih yang disemai

l 5 x 100 = 50%
10



Eksperimen 2

Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup subur. ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas. Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air , oksigen , suhu dan cahaya matahari. Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan oksigen dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya. Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi , maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur.

Tajuk : Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih

Bahan dan alatan : 5 unit tabung uji , rak tabung uji , biji benih kacang hijau , kapas , minyak masak , air didih yang telah disejukkan , peti sejuk dan kertas label.


Rajah 2


Kaedah :
1) Lima tabung uji berlabel A , B , C , D dan E disediakan seperti Rajah 2.
2) Tabung uji A , B dan C diletakkan didalam makmal , tabung uji D diletakkan di dalam peti sejuk manakala tabung uji E diletakkan di dalam laci.
3) Biji benih di perhatikan selepas lima hari.
4) Pemerhatian direkodkan.
  
Keperluan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Air , udara dan suhu
A
Basahkan kapas dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja.
Air
B
Kapas yang kering dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja.
Udara
C
Basahkan kapas ( air didih yang telah disejukkan ) , 3 biji benih dan sedikit lapisan minyak. Diletakkan di atas meja.
Suhu
D
Basahkan kapas dan 3 biji benih. Diletakkan di dalam peti sejuk.
Cahaya
E
Basahkan kapas dan 3 biji benih. Simpan di tempat gelap ( laci ).

Keputusan :
Tabung Uji
Kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih
( bercambah / tidak bercambah )
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A




Bercambah
B
ΓΌ 



Tak bercambah
C


ΓΌ 

Tak bercambah
D



ΓΌ 
Tak bercambah
E

ΓΌ 


Bercambah

Analisis :

1. Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah.

a) Tabung uji B : Air.
b) Tabung uji C : Udara.
c) Tabung uji D : Suhu.
d) Tabung uji E : Cahaya.

2. Apakah pemboleh ubah :

a) Dimanipulasi : Keadaan untuk percambahan.
b) Dimalarkan : Jenis biji benih.
c) Bergerak balas : Percambahan biji benih.

3. Apakah keadaan yang sesuai untuk percambahan biji benih?
ΓΌ Air , udara dan suhu yang sesuai diperlukan untuk percambahan biji benih.

4. Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan?
ΓΌ Tabung uji A bertindak sebagai kawalan.

5. Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C?
ΓΌ Minyak digunakan dalam tabung uji C adalah untuk menghalang udara daripada larut dalam air masak.
6. Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah didih) ?
ΓΌ Udara tidak ditemui dalam air masak yang telah di didih.

7. Apakah yang berlaku pada tabung uji E? Terangkan jawapan anda.
ΓΌ Biji benih di dalam tabung uji E akan bercambah. Kerana biji benih tidak memerlukan cahaya untuk bercambah.

8. Kesimpulan eksperimen ini.
ΓΌ Udara , air dan suhu yang sesuai diperlukan untuk percambahan biji benih.


Eksperimen 3

Proses percambahan epigeal adalah sebuah proses dimana hipokotil dari biji benih tersebut memanjang yang membuat kotiledon dari biji tersebut terangkat ke permukaan tanah. Sehingga kotiledon berada di atas tanah. Proses percambahan hipogeal adalah proses pertumbuhan memanjang apabila epikotil akan muncul ke permukaan tanah. Sementara, kotiledon dari biji itu tetap berada di dalam tanah.

Tajuk : Percambahan Epigeal dan Hipogeal

Radas dan bahan : Bekas plastik , biji benih kacang dan jagung , peat moss



Kaedah :
1) Masukkan 60 ml peat moss ke dalam dua bikar. Tandakan A untuk benih kacang dan tandakan B untuk benih jagung.
2) Semaikan 2 biji benih kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B.
3) Renjiskan biji benih dengan air pada setiap hari.
4) Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.
5) Lukiskan gambar percambahan biji benih selepas 5 hari.

Keputusan:

Hari
Kacang tanah
Jagung
Panjang Radikal (mm)
Panjang Plumul (mm)
Panjang Radikal (mm)
Panjang Plumul (mm)
1
4
5
0
0
2
16
20
0
0
3
40
22
0
0
4
64
61
0
0
5
87
100
0
0
6
135
178
0
0

Analisis:

1. Lukiskan pemerhatian anda untuk kedua-dua tumbuhan.

Kacang.


Jagung. ( tidak bercambah )



2. Nyatakan perbezaan antara pertumbuhan Epigeal dan hipogeal.
Percambahan Epigeal
Percambahan Hipogeal
Kotiledon keluar ke permukaan tanah
Kotiledon berada di dalam tanah
Hipokotil memanjang
Epikotil memanjang
Tiada koleoptil
Ada koleoptil
Tumbuhan dikotiledon
Tumbuhan monokotiledon

3. Lukiskan struktur biji benih dan labelkan.

Kacang.
 
Jagung.


4. Apakah yang dimaksudkan dengan embrio.
ΓΌ Embrio terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama adalah plumul iaitu bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk. Yang kedua adalah radikel iaitu bahagian embrio yang membesar menjadi akar. Yang ketiga adalah kotiledon iaitu menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih.

Kesimpulan : Kacang merupakan tumbuhan epigeal kerana plumul keluar di permukaan tanah , manakala jagung pula adalah tumbuhan hipogeal kerana plumul berada di dalam tanah.

Ditaip oleh,
Siti Rohzila Binti Parmal.

Comments

Popular posts from this blog

Minggu 3 : Ujian Tanah

Minggu 1 : Menggembur Batas

Minggu 12 : Fisiologi tumbuhan ( Eksperimen Fotosintesis )