Minggu 4 : Tanaman Secara Keratan Batang dan Penjagaan Tanaman

3 OKTOBER 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Pada minggu ini, aktiviti kami adalah :


1) Tanaman secara keratan batang


2) Penjagaan Tanaman


 Sebelum ini, kita telah mempelajari tentang pembiakan biji benih tumbuhan dan pada kali ini pula kita dapat mempelajari tentang pembiakan aseksual pada tumbuhan.


Pada amnya tumbuhan membiak dan membesar dengan dua cara iaitu secara seksual dan aseksual. Cara sexual ialah pembiakan yang melibatkan gamet jantan dan gamet betina. Kaedah pembiakan lain bagi tumbuhan ialah pembiakan aseksual yang dikenali juga sebagai pembiakan tampang seperti keratan batang, daun, akar dan lain-lain untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induk.


Antara kebaikan pembiakan secara aseksual ialah kita dapat menghasilkan hasil yang banyak pada satu masa dan waktu yang diperlukan untuk berbuah lebih singkat daripada  pembiakan seksual.


Sebelum memulakan aktiviti tanaman secara keratan batas, kami diajar tentang proses yang betul dalam melakukan aktiviti tersebut. Setiap pokok mempunyai tiga bahagian keratan iaitu keratan kayu lembut, keratan kayu sederhana keras dan keratan kayu keras. Saiz keratan kayu dipotong untuk keratan kayu haruslah tidak terlalu pendek mahupun tidak terlalu tinggi. Saiz keratan kayu hendaklah bersaiz pada 20 cm.




Langkah-langkah sepanjang proses tanaman secara keratan batang ialah :

1) Mengambil lima keratan batang daripada pokok yang terdapat disekeliling ladang seperti pokok kertas, pokok ficus dan pokok halia merah.

2) Kemudian, pastikan setiap bahagian bawah keratan batang yang diambil dipotong secara menyerong untuk mendapatkan luas permukaan yang besar agar pokok tersebut dapat menyerap nutrien yang mencukupi daripada tanah.Selain itu, dapat memastikan akar baharu yang tumbuh dapat memberi sokongan kepada pokok tersebut daripada tumbang.

3) Jenis tanah yang digunakan ialah tanah top soil dan bahan organik dengan nisbah 1:1 . Kedua-dua tanah tersebut digaul dengan sebati.




4)  Kemudian tanah yang telah digaul sepenuhnya akan dimasukkan ke dalam plastik polybag dengan tanah 3/4 daripada plastik polybag. Tanah tersebut dimampatkan agar plastik polybag dapat ditegakkan dan juga dapat memberi sokongan kepada keratan batang.

 5) Setiap keratan batang tersebut yang sedia untuk ditanam akan diambil dan bahagian bawah keratan batang tersebut akan dicelupkan ke dalam penggalak akar.

Setiap penggalak akar mempunyai nombor yang tersendiri bagi setiap jenis keratan batang.

Penggalak akar 1 adalah untuk jenis batang yang lembut.
Penggalak akar 2 adalah untuk jenis batang yang sederhana lembut.
Penggalak akar 3 adalah untuk jenis batang yang keras.

Penting!
Pastikan keratan batang di bahagian bawah tersebut dibasahkan dengan air sebelum dicelup ke dalam penggalak akar.


6) Setelah siap proses mencelup penggalak akar, lubang tanah dibuat di dalam plastik polybeg menggunakan kayu atau ranting kecil supaya dapat memudahkan proses penanaman keratan batang ke dalam tanah. Tanah tersebut dimampatkan setelah selesainya proses penanaman keratan batang agar tidak mudah tumbang dan kukuh.

7) Semua kelima plastik polybeg dilabel dan terus diletakkan di rumah hijau.

8) Akhir sekali, tanaman keratan batang disiram dengan air. Penyiraman tersebut perlulah dilakukan secara konsisten iaitu sekurang-kurangya dua kali sehari agar tanaman tersebut dapat keperluan air yang mencukupi untuk memdapatkan tanaman yang sihat.


Setelah selesai proses tanaman secara keratan batang, kami telah pun pergi ke batas tanaman biji benih masing-masing dan mendapati bahawa terdapat terdapat rumput yang telah tumbuh secara liar dan ini tidak baik untuk tanaman sayuran kami. Kami pun mula mencabut rumput tersebut dangan berhati-hati agar rumput tersebut tidak terus menganggu proses tanaman sayuran kami kerana pertumbuhan rumput tersebut boleh menggurangkan kandungan nutrien dalam tanah dan menyebabkan persaingan antaran sayuran dan rumput tersebut.


Ditaip oleh,
Aifa Syamila Binti Kamarudin








Comments

Popular posts from this blog

Minggu 3 : Ujian Tanah

Minggu 1 : Menggembur Batas

Minggu 12 : Fisiologi tumbuhan ( Eksperimen Fotosintesis )