Minggu 7 : Cantuman Baji dan Bebawang
Pada minggu ini, kami telah diberi pendedahan tentang jenis pembiakan tumbuhan dan membuat penuaian mengunakan salah satu daripada jenis pembiakan tumbuhan tesebut. Antaranya ialah :-
1. Stolon
stolon adalah modifikasi batang yang tumbuh mendatar. Stolon biasanya beruas - ruas. Dari ruas ini akan muncul tunas -tunas yang dapat menjadi tanam baru
Contoh tanaman : Rumput , Strawberry , pegaga
2. Bebawang (bulbs)
bebawang membesar secara berlapis , seakan bawang. Di tengah bebawang tersebut kelihatan seperti bunga.
Contoh tanaman : Tulips , Daffodils , Lilies
3. Corms
corms ini seaakan akan bebawang tetapi mempunya perbezaan luarannya. Dia tidak berlapis seperti bebawang.
Contoh tanaman : Crocus, Gladious
4. Tubers (umbisi)
Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Daripada batang, dengan tumbuhlah daunnya. Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya
Contoh tanaman : potato
Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun.
contoh tanaman : ginger , cannas
6. clump (rumpun)
Pada minggu ini bebawang adalah amali kami. Kami ditugaskan untuk mencari pokok spider lily.
Kemudian menyediakan medium untuk menanam bahagian bebawang nya. bebawang itu debelah dua untuk memperbanyakkan pembiakan pokok.
Pada minggu ini juga kami telah mempelajari cantuman baji.
Apa itu cantuman baji ?
Cantuman baji merupakan proses mengambil bahagian tunas pokok dan dicantumkan pada bahagian pokok penanti. ia dilakukan untuk menghasilkan viariasi pokok yang baru tapi spisies yang sama.
Peratalan yang diperlukan :
- tali rafia
- plastik aiskrim
- parafilm
- pisau
Prosedur:
- Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.
- Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
- Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm/10mm panjang.
- pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji
- sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.
- Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm
- Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu. Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.
Refleksi
1. Pada minggu ini kami telah mempelajari cara mengunakan parafilm dan alatan yang lain. Kami juga telah mengetahui pelbagai jenis atau cara pembiakan pokok.
2. Kaedah cantuman baji ini akan menghasilkan pokok yang baru yang lebih sihat dan berkualiti jika kita memilih pokok yang sihat.
Comments
Post a Comment