Posts

Showing posts from October, 2018

Aktiviti Penjarangan di Batas

Image
22  OKTOBER 2018 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat Pembaca Pembaca Blog ini. Pada hari isnin, 22 oktober 2018. Bermula pada 8 pagi, kami pelajar dari batas 9 iaitu Siti Rohzila dan aifa Syamila telah membuat penjarangan secara bersama-sama. Sayuran yang kami tanam adalah bayam merah dan sawi. Ini contoh batas 9 kami . Sebelum memulakan penjarangan, batas kami kelihatan sedikit semak samun. Kami berdua mengambil masa lebih kurang dua jam untuk melakukan penjarangan. Kami berdua membahagi tugas dengan adil dan saksama. Sayur sawi dilakukan penjarangan oleh Aifa manakala bagi bayam merah pula dilakukan penjarangan oleh saya iaitu Rohzila. Setelah penat lelah kami melakukan penjarangan akhirnya selesai sudah aktiviti penjarangan kami pada hari isnin kelmarin. Berikut adalah hasil yang telah kami siapkan. Lebihan sayur yang telah kami cabut, kami telah kumpulkan untuk diberikan kepada rakan-rakan yang batasnya lambat ditumbuhi sayur.

Minggu 5 : Amali Biji Benih

Image
18 SEPTEMBER 2018 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Pada minggu ini, kami telah melaksanakan tiga eksperimen bagi mengkaji percambahan biji benih. Eksperimen 1 Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu kulit biji   , embrio dan kotiledon.   Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini   , biji benih adalah berasal daripada ovul  yang disenyawakan. Dalam biji benih   , terdapat embrio yang berkembang. Selain itu   , biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil testa  (kulit biji benih).   Makanan disimpan dalam kotiledon . Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon   , seperti jagung. Namun ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji kacang hijau. Tajuk :  Keperluan percambahan Bahan dan alatan : Bekas plastik , kapas , biji benih , air didih yang dah disejukkan , kertas label dan peti sejuk Rajah 1