3 OKTOBER 2018 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Pada minggu ini, aktiviti kami adalah : 1) Tanaman secara keratan batang 2) Penjagaan Tanaman Sebelum ini, kita telah mempelajari tentang pembiakan biji benih tumbuhan dan pada kali ini pula kita dapat mempelajari tentang pembiakan aseksual pada tumbuhan. Pada amnya tumbuhan membiak dan membesar dengan dua cara iaitu secara seksual dan aseksual. Cara sexual ialah pembiakan yang melibatkan gamet jantan dan gamet betina. Kaedah pembiakan lain bagi tumbuhan ialah pembiakan aseksual yang dikenali juga sebagai pembiakan tampang seperti keratan batang, daun, akar dan lain-lain untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induk. Antara kebaikan pembiakan secara aseksual ialah kita dapat menghasilkan hasil yang banyak pada satu masa dan waktu yang diperlukan untuk berbuah lebih singkat daripada pembiakan seksual. Sebelum memulakan aktiviti tanaman secara keratan batas, kami diajar tentang proses yang betu...
Comments
Post a Comment