Minggu 2 : Membaja dan Menyemai Biji Benih

19 September 2018

AKTIVITI :

  1. mengembur tanah
  2. membaja
  3. menanam biji benih

Aktiviti dimulakan dengan penerangan daripada pensyarah. Kami perlulah meletakkan baja pada tanah agar tanah sentiasa subur dan pokok akan sentiasa mendapat nutrien yang cukup. 

 

Ini adalah jenis baja yang digunakan oleh kami.

Kandungan baja

Nitrogen
Ia berfungsi di dalam pembasaran daun. Nitrogen selalunya berada di udara dan didalam tanah. kesemua tumbuhan yang berdaun hijau memerlukan nitrogen. Korofil di dalam daun yang merupakan pigmen hijau di dalam daun digunakan bagi tujuan photosinthesis yang dibina sebahagiannya daripada nitrogen. Tumbuhan yang kekurangan nitrogen tumbesarannya akan terbantut dan berwarna kekuningan. 

Phosphorus
Ia penting bagi pembesaran akar. Phosphorus penting bagi memastikan pertumbuhan akar yang sihat. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah melaluisel kutikel yang aktif didalam tanah. Ia juga bertujuan untuk pertumbuhan bunga dan buah.

Kalium
Ia penting bagi tumbesaran pokok. Kekurangan kalium akan mengakibatkan buah yang terhasil kecil  dan tidak sihat . 


               

Kami meletakkan baja sebanyak penuh pasu itu dan taburkan diatas batas .


Setelah menabur baja kami meratakan baja keseluruh tanah.



Selepas itu kami meratakan tanah. Disebabkan cuaca yang agak terik, kami menanguhkan penanaman dan meneruskan aktiviti pada esok hari. Kami telah diamanahkan untuk membawa pulang biji benih ke bilik.

Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran
  • Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak.
  • Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.
  • Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
  • Tidak meletakkan di dalam kenderaan.

Jenis biji benih 
  1. Pak choy kerdil
  2. Bayam Hijau bulat




Kaedah yang digunakan adalah kaedah alur. Kami telah membuat 4 alur dengan jarak yang tertentu bagi menabur biji benih tersebut. 1 nisbah benih ditambah dengan 10 nisbah pasir dan digaulkan sebelum ditaburkan di dalam alur.


  • Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
  • Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
  • Beri perlindungan (sungkupan) dan air.

Selepas itu kami memasang sungkupan.

Sungkupan
Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.
Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;
  • mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.
  • menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah.
  • mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.
  • mengelakkan tumbesaran rumpai
  • mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih.







Comments

Popular posts from this blog

Minggu 4 : Tanaman Secara Keratan Batang dan Penjagaan Tanaman

Minggu 3 : Ujian Tanah

Minggu 12 : Fisiologi tumbuhan ( Eksperimen Fotosintesis )