Aktiviti Penjarangan di Batas

22 OKTOBER 2018 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat Pembaca Pembaca Blog ini. Pada hari isnin, 22 oktober 2018. Bermula pada 8 pagi, kami pelajar dari batas 9 iaitu Siti Rohzila dan aifa Syamila telah membuat penjarangan secara bersama-sama. Sayuran yang kami tanam adalah bayam merah dan sawi. Ini contoh batas 9 kami . Sebelum memulakan penjarangan, batas kami kelihatan sedikit semak samun. Kami berdua mengambil masa lebih kurang dua jam untuk melakukan penjarangan. Kami berdua membahagi tugas dengan adil dan saksama. Sayur sawi dilakukan penjarangan oleh Aifa manakala bagi bayam merah pula dilakukan penjarangan oleh saya iaitu Rohzila. Setelah penat lelah kami melakukan penjarangan akhirnya selesai sudah aktiviti penjarangan kami pada hari isnin kelmarin. Berikut adalah hasil yang telah kami siapkan. Lebihan sayur yang telah kami cabut, kami telah kumpulkan untuk diberikan kepada rakan-rakan yang batasnya lambat ditumbuhi sayu...